Tuesday, November 23, 2010

who's available? haha

dengan alasan busy nak exam, aku pon lama gile xupdate blog..ada jugak la cerita itu ini skit tapi dah basi la plak nak diceritakan..yg peliknya, esok aku ada dua paper..tp time ni la plak aku nak update dan aku pon xtau apa nak tulis..ptg yg boring, nak main bola xde org..ada paper mlm karang katanya..whatever, now we jump to the story..ermmm..what story? mmmmmmm...ok, dah dpt! aku nak kawen! as simple as that.. haha. aku nak kawen bukan bermaksud aku akan melansungkan perkahwinan dlm masa terdekat tp aku berkeinginan je..bende baik ni xyah la nak tangguh..tapi...aku xada calon dan aku pon tgh belajar lg ni..well, final year degree..tinggal satu sem lg before graduate insyaallah. dlm dunia bebas dgn globalisasi, sedikit sebanyak lelaki ni tergugat la jugak dgn perempuan yg makin moden fesyennye..sexual harrassment tu bg lelaki..gile... nak elakkan dosa..kawen je...tp bercakap xsemudah membuatnye kan?...err, ada sapa2 nak kawen dgn saya sekarang? hahahaha...Ya Allah, kuatkanlah iman kami dan semoga kami mendapat pasangan yg memberi kami syurga dunia dan syurga akhirat...AMIN

Thursday, November 4, 2010

dugaan nak exam kot..

pergh, lpas je show 2 malam berturut2 tuh, aku collapse!demam teruk secara tiba2 selama 3 hari..aku memikirkan nak balik umah terus je..xlarat dah aku duk sini..xbleh buat apa2 selain baring dan tido, mkn skit je, tekak dah la pahit giler, nak isi perut skit pon nak muntah sbb masuk angin..ari keempat aku lega skit sbb demam dah reda dan badan aku xada bintik2 or gusi berdarah (Dr. takut aku kene denggi)..lepas demam, ingatkan xada apa2, rupanya banjir pulak datang tanya kabar kat perlis..aritu mmg hujan turut direct 2hari non-stop..xsangka nak banjir teruk..kelakar giler, makanan kat koperasi dah kene sapu bersih, kat kafe pon berebut org...hostel aku mmg la xnaik air, tp terjejas sbb kampung bawah tu and jalan2 nak kluar dah naik air..terperangkap la kat sini, xleh g mana2..tiba2 pengumuman kata air and letrik xada, nak kene potong..student dinasihatkan balik kampung..ah sudah, aku stay sini sbb nak stadi utk final exam, tp klu dah mcm ni, mcmana nak stadi...aku pon beratur la sepanjang2nya utk dipindahkan ke stesen bas kuala perlis(xterjejas banjir)..yg best tu, kene naik lori besar tu..yg org dok angkut pasir dan muatan2 berat tuh, berdiri ramai2...bapak kelakar la..selepas penat tunggu, dpt la naik dan selamat sampai ke kuala perlis..pihak unimap bermurah hati sediakan bas free utk ke a.star, penang dan kl..tp org ramai kot, nak tunggu bas satu hal..selepas ada la 3 jam tunggu, dpt la naik bas ..alhamdulillah , aku dah selamat akhirnya..dugaan ni mmg kelakar, xpernah sangka aku akan demam teruk, perlis akan banjir, dan naik lori pasir utk selamatkan diri..hahaha...mintak2 kawan yg still kat hostel tu selamat la sebab banjir aku baca paper makin teruk..dah korang nak stay sana gak, aku nak kata pa kan?...AMIN